Suasana pilihan raya Pilihan_raya_kecil_Bukit_Selambau_2009

Pra pilihan raya

Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Tarikh 7 April dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung UMNO pada 26 Mac 2009. PR mendakwa jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.[19]

Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar Pakatan Rakyat selama tiga bulan. PR menganggap tindakan menggangtung akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil.[20] Kementerian Dlam Negeri berkata Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja-raja selain cenderung mengsensasikan berita-berita yang berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.[21]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ yang setiap kali dijalankan UMNO dan Barisan Nasional dalam masa kempen pilihan raya tidak diamalkan di tiga pilihan raya kecil 2009 kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.[22]

Hari penamaan calon

Calon mula menghadiri proses penamaan calon seawal jam 7.20 pagi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1, Sungai Petani, Kedah. Sebanyak 15 borang penamaan calon telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR. Calon-calon tersebut ialah Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional), S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat), Husaini Yaakob (Bebas), T. Chandrarajan (Bebas), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas), M. Venason (Bebas), Abdul Rahim Abu (Bebas), S. Moganakumar (Bebas), Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas), Radzi Md. Lazim (Bebas), R. Loganathan (Bebas), L. Sarala (Bebas), A. Jayagopal (Bebas), Tan Hock Huat (Bebas), Khamis Awang (Bebas) [23]

Kempen pilihan raya

Akibat akhbar mereka digantung, PAS dan PKR masing-masing menerbitkan akhbar pengganti yang diberi nama Hujah dan Suara Keamanan.[24] Walau bagaimanapun, selelah Perdana Menteri baru menjawat jawatannya pada 3 April 2009, larangan kedua-dua akhbar itu ditarik balik. Selain itu beliau juga membebaskan 13 tahanan ISA di Perak.[25]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.[26]

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.[27]

Hari pengundian

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas). Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan isterinya Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan pada pukul 8.20 pagi. Ini diikuti oleh calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya manakala T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani pada pukul 9.35 pagi.[28]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Bukit_Selambau_2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php...